Foreign Worker Recruitment
Established since 1996
Your Reliable Partner for Foreign Workforce Solutions across Malaysia.
In accordance with the enforcement of Section 60K of the Labour Act 1955 effective 1 January 2023, employers intending to hire foreign workers must first obtain initial approval from JTKSM before proceeding with any further applications at the relevant agencies.
This requirement under Section 60K applies to all non-citizen workers in the following categories:
- Foreign Workers: Temporary Work Visit Pass (PLKS) holders employed in permitted sectors—manufacturing, services, plantations, agriculture, construction, and mining & quarrying.
- Trade Officers: Skilled workers holding Employment Passes.
- Foreign Security Guards: Individuals hired specifically as security personnel.
- Pass Holders with Work Permits: Includes those under Student Pass, Resident Pass, Malaysia My Second Home Program (MM2H), and Malaysia Premium Visa Program (PVIP).
- Other Pass Categories: Covers foreign fishermen, ship crew, Tomyam cooks, traditional passes (Thai citizens in bordering states), and Ikhtisas Passes (e.g., religious teachers, artists, or missionaries).
- Foreign Workers from Shelters: Individuals employed through approved shelter programs.
Your Trusted Partner in Foreign Worker Recruitment in Malaysia
Smooth Quota Applications – No Stress, Just Results
Managing foreign worker quota applications can be complex — our experienced team offers complete support to ensure a smooth, efficient process from start to finish.
Step-by-Step Success with Government Approvals
Your Guide to Hiring Foreign Workers in Malaysia
Recruiting foreign workers in Malaysia doesn’t have to be overwhelming. With the right knowledge and support, navigating the maze of government and immigration approvals becomes a smooth journey. Here’s a clear and comprehensive breakdown of the recruitment process — designed to help you stay compliant, efficient, and stress-free every step of the way.
- Documentation & Application: Ensuring full compliance with Malaysian regulations.
- Quota Approval (OSC): Applying at the One Stop Center (OSC) under the Ministry of Home Affairs (KDN).
- Regulatory Screenings: Preliminary interviews and screenings by relevant agencies.
- Labor Act Approval (JTKSM): Applying for preliminary employment approval under Section 60K of the Labor Act 1955.
- Approval Letters: Official approval from OSC, contingent on JTKSM quota approval. OSC Details | JTKSM Information
- Levy Payment: Paying the required levy upon receiving the Acknowledgment of Acceptance (AP).
- Conditional Approval: Receiving the Conditional Approval Letter (SKB).
SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PEKERJA ASING
- Bekerja dalam sektor yang dibenarkan iaitu Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan dan Perkhidmatan;
- Permohonan pekerja asing oleh majikan / syarikat adalah tertakluk kepada kelulusan kuota dari Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Sumber Manusia (KSM);
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada masa permohonan;
- Disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber; Senarai pusat kesihatan
- Bakal pekerja tidak termasuk dalam senarai individu asing yang dilarang masuk mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963; dan
- Pekerja asing hendaklah di kalangan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut :
| NEGARA | JANTINA | SEKTOR |
|---|---|---|
| INDONESIA | PEREMPUAN | Dibenarkan bekerja untuk semua sektor (kecuali sektor yang dibekukan) |
| LELAKI | ||
| THAILAND | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| KEMBOJA | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| BANGLADESH | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| MYANMAR | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| LAOS | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| VIETNAM | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| PAKISTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| SRI LANKA | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| TURKMENISTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| UZBEKISTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| KAZAKSTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| NEPAL | PEREMPUAN | Dibenarkan untuk bekerja di semua sektor dan sektor kawalan keselamatan |
| LELAKI |
| NEGARA | JANTINA | SEKTOR |
|---|---|---|
| INDONESIA | PEREMPUAN | Dibenarkan bekerja untuk semua sektor (kecuali sektor yang dibekukan) |
| LELAKI | ||
| THAILAND | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| KEMBOJA | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| BANGLADESH | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| MYANMAR | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| LAOS | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| VIETNAM | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| PAKISTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| SRI LANKA | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| TURKMENISTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| UZBEKISTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| KAZAKSTAN | PEREMPUAN | |
| LELAKI | ||
| NEPAL | PEREMPUAN | Dibenarkan untuk bekerja di semua sektor dan sektor kawalan keselamatan |
| LELAKI |
PROSEDUR PERMOHONAN
Fasa 1 (Sebelum Ketibaan)
- Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) daripada Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia.
- Permohonan VDR hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui laman web FWCMS
- Pekerja asing hendaklah berada di negara asal sementara menunggu kelulusan VDR daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
CATATAN
Fasa 2 (Selepas ketibaan)
- Pekerja asing hanya akan dibenarkan masuk ke negara ini melalui pintu-pintu masuk yang diwartakan dengan menggunakan VDR yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal.
- Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing diambil dalam tempoh 6 jam selepas ketibaan.
- Bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) – PL(KS), majikan diberi tempoh 30 hari untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing di pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA.
- PL(KS) hanya akan dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati tidak sihat, majikan hendaklah menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon Memo Periksa Keluar
- Pengeluaran PL(KS) hendaklah dibuat di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan kelulusan VDR pekerja asing tersebut.
LANJUTAN PLKS
- Tempoh sah laku PLKS pekerja asing adalah selama 12 bulan. Lanjutan tempoh sah laku PLKS boleh dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat sah laku PLKS.
- Majikan perlu memastikan supaya permohonan lanjutan dikemukakan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku PLKS. Permohonan lanjutan PLKS selepas tempoh sah laku adalah tertakluk kepada pertimbangan kes Tinggal Lebih Masa. Kes Tinggal Lebih Masa yang tidak dapat dipertimbangkan akan dirujuk kepada Bahagian Penguatkuasa bagi tujuan penguatkuasaan.
- Permohonan lanjutan tempoh sah laku PLKS pekerja asing hendaklah dikemukakan berdasarkan senarai semak seperti berikut:
- Pasport asal pekerja yang mempunyai sah laku melebihi 12 bulan
- Surat permohonan lanjutan PLKS daripada majikan/ wakil syarikat
- Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat (SSM syarikat/ Borang 49/ Borang B&D/ Kad Wakil Syarikat/ Borang Wakil Syarikat yang telah diendoskan/ salinan kad pengenalan majikan)
- Jaminan sekuriti dalam bentuk Jaminan bank/ jaminan insuran/ wang cagaran (tempoh sah laku jaminan bank/ jaminan insuran adalah sekurang-kurangnya 18 bulan)
- Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) – kecuali sektor perladangan
- Slip pengesahan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA)
- Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA (lanjutan tahun ke-2 dan ke-3 sahaja)
TEMPOH PENGGAJIAN DAN PENGHANTARAN PULANG
- Tempoh penggajian pekerja asing yang dibenarkan untuk proses lanjutan PLKS adalah sehingga 10 tahun sahaja. Walau bagaimanapun, tempoh penggajian pekerja asing yang berdaftar di bawah program 6P adalah terhad kepada 3 tahun sahaja.
- Majikan hendaklah memastikan supaya pekerja asing yang tamat tempoh perkhidmatan dihantar pulang ke negara asal dengan memohon Memo Periksa Keluar. Wang cagaran/ jaminan bank hanya boleh dituntut sekiranya pekerja disahkan keluar secara teratur dengan Memo Periksa Keluar.
BAYARAN LANJUTAN PLKS
Bayaran yang perlu dijelaskan kepada Jabatan Imigresen bagi setiap permohonan lanjutan PLKS adalah berdasarkan kepada Jadual 1 dan Jadual 2 seperti berikut:
| SEKTOR | KADAR LEVI (Semenanjung Malaysia) |
KADAR LEVI (Sabah / Sarawak) |
PL(KS) | PROSES | VISA |
|---|---|---|---|---|---|
| Perkilangan | RM1,850.00 | RM1,010.00 | RM60.00 | RM125.00 | Berdasarkan warganegara |
| Pembinaan | RM1,850.00 | RM1,010.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Perladangan | RM640.00 | RM590.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Pertanian | RM640.00 | RM410.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Perkhidmatan | RM1,850.00 | RM1,490.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Perkhidmatan (Pulau Peranginan) | RM1,850.00 | RM1,010.00 | RM60.00 | RM125.00 |
| SEKTOR | KADAR LEVI (Semenanjung Malaysia) |
KADAR LEVI (Sabah / Sarawak) |
PL(KS) | PROSES | VISA |
|---|---|---|---|---|---|
| Perkilangan | RM1,850.00 | RM1,010.00 | RM60.00 | RM125.00 | Berdasarkan warganegara |
| Pembinaan | RM1,850.00 | RM1,010.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Perladangan | RM640.00 | RM590.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Pertanian | RM640.00 | RM410.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Perkhidmatan | RM1,850.00 | RM1,490.00 | RM60.00 | RM125.00 | |
| Perkhidmatan (Pulau Peranginan) | RM1,850.00 | RM1,010.00 | RM60.00 | RM125.00 |
Jadual 1 : Kadar Levi, PL(KS) dan proses mengikut sektor pekerja asing
| WARGANEGARA | VISA (RM) | BON JAMINAN (RM) |
|---|---|---|
| Indonesia | 15 | 250 |
| Bangladesh | 20 | 500 |
| Pakistan | 20 | 750 |
| Myanmar | 19.5 | 750 |
| India | 50 | 750 |
| Filipina | 36 | 1,000.00 |
| Thailand | Percuma | 250 |
| Kemboja | 20 | 250 |
| Nepal | 20 | 750 |
| Vietnam | 13 | 1,500.00 |
| Sri Lanka | 15 | 750 |
| WARGANEGARA | VISA (RM) | BON JAMINAN (RM) |
|---|---|---|
| Indonesia | 15 | 250 |
| Bangladesh | 20 | 500 |
| Pakistan | 20 | 750 |
| Myanmar | 19.5 | 750 |
| India | 50 | 750 |
| Filipina | 36 | 1,000.00 |
| Thailand | Percuma | 250 |
| Kemboja | 20 | 250 |
| Nepal | 20 | 750 |
| Vietnam | 13 | 1,500.00 |
| Sri Lanka | 15 | 750 |
Jadual 2 : Kadar Visa dan bayaran sita pekerja asing mengikut warganegara
- Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai dan bank draf atas nama “Ketua Pengarah Imigresen Malaysia” dan bagi negeri-negeri atas nama “Pengarah Imigresen Negeri” berkenaan. (Contoh : Pengarah Imigresen Negeri Selangor)
- Pekerja asing yang memegang PL(KS) adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
- Pekerja tidak layak membawa masuk keluarga untuk tinggal di negara ini;
- Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai barisan hadapan (frontliner)
- Pekerja tidak dibenarkan bertukar majikan atau bertukar sektor pekerjaan;
- Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan warganagera Malaysia atau warganegara asing sepanjang memegang PL(KS)
PEKERJA ASING MELARIKAN DIRI
- Pekerja asing dikategorikan lari daripada majikan dalam keadaan berikut:
- Pekerja meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri; dan
- Pekerja tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal
- Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan pekerja lari dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Dokumen pengenalan diri majikan/ wakil syarikat
- Salinan pasport pekerja
- Borang laporan pekerja asing lari
- Report polis
- Pekerja asing yang dilaporkan lari akan disenarai hitamkan
- Jabatan Imigresen akan menyita wang cagaran/ jaminan bank/ jaminan insuran berdasarkan kadar mengikut warganegara pekerja asing.
KAD PEKERJA ASING (I-KAD) DENGAN CIRI-CIRI KESELAMATAN
- Pekerja Asing yang dikeluarkan PL(KS) turut dibekalkan dengan i-Kad. Tempoh sah laku i-Kad adalah berdasarkan tempoh sah laku PL(KS).
- Pengeluaran i-Kad pada setiap kali pengeluaran PL(KS) tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada majikan. Kad Pekerja Asing yang telah dicetak boleh diambil oleh majikan di cawangan JIM yang dimohon.
- Pengeluaran i-Kad bagi PL(KS) untuk semua sektor adalah berwarna kelabu.